Pusat Latihan Memandu Sri Muar Sdn Bhd (PLMSM) turut dikenali sebagai institut memandu yang terbesar di negeri Johor Darul Ta’zim kerana litar latihannya yang luas iaitu seluas 7 ekar.   Bersempena nama ‘Sri Muar’, IMSM terletak di daerah Muar yang merupakan salah satu bandar diraja yang terkenal dengan budaya dan jati diri yang tesendiri. IMSM ditubuhkan hasil gabungan antara pengusaha sekolah memandu dan pengajar memandu yang mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang pemanduan melebihi 2 dekad.

PUSAT LATIHAN MEMANDU SRI MUAR SDN BHD

PLMSM mempunyai tenaga pengajar dan kakitangan yang melebihi 80 orang terdiri daripada pihak pengurusan, kerani, tenaga pengajar serta pekerja am.

  • Tenaga pengajar yang kompeten dan profesional
  • Peralatan pembelajaran yang serba lengkap dan kondusif
  • Perkhidmatan yang mesra pelanggan

Susun Atur Bangunan PLMSM

Bangunan pejabat yang luas dan teratur, mempunyai 5 bilik kuliah yang dilengkapi dengan peralatan serba moden untuk tujuan pembelajaran disamping dapat memberikan keselesaan kepada calon. Bilik-bilik kuliah ini dapat menampung sehingga 250 orang calon pada satu-satu masa.


Kelas Lesen yang Ditawarkan

  • Motosikal bawah 250 cc (Kelas B2)
  • Motosikal Berkuasa Tinggi (Kelas B)
  • Motokar Manual (Kelas D)
  • Motokar Automatik (Kelas D Automatik)
  • Motolori (Kelas E)
  • Traktor (Kelas H)
  • Lesen Vokasional
  • Lesen Kenderaan Barangan (Kelas GDL Kejur dan Bersendi)
  • Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (Teksi, Van dan Bas)